Mewujudkan Masyarakat ‘Ber-Permakultur’

Ada sebarang soalan? Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kerja kita? Nyatakan semua soalan anda di sini!

Tentang kami
Diribumi merupakan sebuah perusahaan sosial yang mempromosikan penyelesaian iklim dalam landskap produktif biodiversiti di luar bandar Malaysia. Kami membantu komuniti untuk menerapkan pertanian organik yang menuju ke arah pemulihan ekosistem.

Misi
Sebagai peneraju latihan permakultur dan kerja-kerja advokasi bersama komuniti di Malaysia, kami di sini menekankan pendekatan secara praktikal dalam pengurusan sumber asli dan penggunaannya demi landskap yang produktif.
Apa yang kita lakukan
Kami menganjurkan bengkel dan mewujudkan tapak ‘in-situ’ dalam penyediaan sayur-sayuran organik, penanaman padi, dan agroperhutanan untuk masyarakat luar bandar.
Aktiviti Lepas





Aktiviti

#KebunMandiriOA
Pembangunan dan penyelenggaraan 5 ladang organik komuniti untuk sara diri dan komoditi di 5 perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Kompos Komuniti Taiping
Pengurusan sisa makanan dari kedai-kedai terpilih dan menukarkannya menjadi baja/pemulihan tanah untuk kegunaan pertanian organik.